twitter

My Friends

My Love & I

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Post Titles List

    Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa 1433H 2012M (Seluruh Negeri di Malaysia)

    Jadual waktu imsak & berbuka puasa Ramadhan 1433H / 2012M
    bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya (Pusat Pungutan Zakat MAIWP)

    Jadual waktu imsak & berbuka puasa Ramadhan 1433H / 2012M
    bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya (JAKIM)

    Assalamualaikum... Selamat menjalani ibadah puasa serta selamat melipatgandakan amalan dan ketakwaan dalam bulan Ramadhan yang mulia ini. Kat bawah ni ada links jadual waktu imsak dan berbuka puasa bagi seluruh negeri di Malaysia yang disediakan oleh JAKIM.

    Klik sini =>> Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Seluruh Negeri di Malaysia


    Khas untuk penduduk yang menetap di Wilayah Persekutuan, kalau nak jadual yang macam kat dalam gambar atas tu (ada warna...lebih menarik

    Semoga kita semua dipanjangkan umur, dianugerahkan kesihatan yang baik untuk terus berpuasa dan beribadah serta menjadi hamba yang lebih bersabar dan bersyukur atas segala nikmat dan dugaanNya. Amin!




    Lagu KSSR Dunia Muzik Tahun 2



    Updated (added CD2 songs) and republished on 10/7/2012
    Modul berserta CD1 dan CD2 telah dihantar oleh PPD ke sekolah pd hujung bulan Mac 2012. Saya telah memuat naik lagu2 tersebut ke mediafire pada 1 April, tapi hanya berkesempatan untuk berkongsi di blog pada hari ini (3 bulan terperam). Terpaksa tangguh sebab banyak kerja lain yang lebih penting utk diselesaikan dan dikerjakan....


    Originally published on 21/10/2011 @ 4.53pm
    Salam Satu Malaysia untuk semua guru-guru yg akan mengajar Muzik Tahun 2 2012. Saya baru selesai kursus penyebaran bahan kssr dunia muzik tahun 2. dah lama tak update blog ni sbb saya sakit n tak dpt nak selesaikan byk kerja..asik mc, g hospital, klinik, buat physiotherapy n occupational therapy.. bila dah sakit ni baru la sibuk nak cari info psl penyakit Carpal Tunnel Syndrome ni.. kesakitan n kesukaran nak buat kerja ni kadang2 membuatkan sy terlalu emosional.. rasa tak sbr nak operate..huu.. nanti kalau ada kesempatan, saya akan post info psl penyakit ni..

    Kat sini saya nak share lagu-lagu kssr tahun 2 yg telah disalin ke dlm cd oleh ppdpu.. tp tak semua lagu ada.. sy hanya ada lagu-lagu dari CD1 untuk unit 1 hingga 18.. unit 19 & 20 serta CD2 belum ada lagi.. bahan yg ada ni saya upload semula satu-persatu di mediafire. nanti sy akan update entri ni bila dapat lagu2 lain tu..



     CD 1 : VOKAL DAN INSTRUMENTAL
    Track no. dan lagu
    1. Mari Bergerak (Vokal) 
    2. Mari Bergerak (Instrumental) 
    3. See Saw (Vokal) 
    4. See Saw (Instrumental) 
    5. Bunyi Perkusi (Vokal) 
    6. Bunyi Perkusi (Instrumental) 
    7. Main Muzik (Vokal) 
    8. Main Muzik (Instrumental) 
    9. Tidurlah Adik (Vokal) 
    10. Tidurlah Adik (Instrumental) 
    11. Ayam Didik (Vokal) 
    12. Ayam Didik (Instrumental) 
    13. Isai Karuvigal (Vokal) 
    14. Isai Karuvigal (Instrumental) 
    15. So Mi (Vokal) 
    16. So Mi (Instrumental) 
    17. Mari Mencari (Vokal) 
    18. Mari Mencari (Instrumental) 
    19. Bintang Kecil (Vokal) 
    20. Bintang Kecil (Instrumental) 
    21. Pantun Jenaka (Vokal) 
    22. Pantun Jenaka (Instrumental) 
    23. Come Sing With Me (Vokal) 
    24. Come Sing With Me (Instrumental) 
    25. Come Sing With Me (Canon Vokal) 
    26. Come Sing With Me (Canon Instrumental) 
    27. Berlari Di Padang (Vokal) 
    28. Berlari Di Padang (Instrumental) 
    29. See See See (Vokal) 
    30. See See See (Instrumental) 
    31. Bunyi Di Ladang (Vokal) 
    32. Bunyi Di Ladang (Instrumental) 
    33. See The Pony Galloping (Vokal) 
    34. See The Pony Galloping (Instrumental) 
    35. Hidup Semut (Vokal) 
    36. Hidup Semut (Instrumental) 







     CD 2 : VOKAL DAN INSTRUMENTAL / PENDENGARAN & PENTAKSIRAN
    Track no. dan lagu
    1. Gergasi (Vokal) 
    2. Gergasi (Instrumental) 
    3. Joget Riang Ria (Vokal) 
    4. Joget Riang Ria (Instrumental) 
    5. Audio Pic Tinggi dan Rendah (Pengenalan) 
    6. Audio Pic Tinggi dan Rendah (Latihan) 
    7. Audio Tempo Cepat (Lagu Bunyi Perkusi) 
    8. Audio Tempo Lambat (Lagu Bunyi Perkusi) 
    9. Audio Tempo Cepat dan Lambat (Lagu Bunyi Perkusi) 
    10. Audio Dinamik 
    11. Audio Vokal Tekstur Tebal dan Nipis 
    12. Cerita Adam dan Adin 
    13. Audio Mud Takut, Riang, Sedih 
    14. Audio Tekstur Tebal dan Nipis (Dikir Barat) 
    15. Audio Pic Rendah, Pertengahan dan Tinggi (Pengenalan) 
    16. Audio Pic Rendah, Pertengahan dan Tinggi (Latihan) 
    17. Audio Muzik Instrumental 
    18. Audio Muzik dan Vokal 
    19. Audio Warna Ton Suara dan Alat Muzik (Latihan) 
    20. Audio Tempo Cepat dan Lambat (Latihan) 
    21. Symphony No. 5 in C Minor 
    22. Audio Irama Bunyi Panjang dan Pendek 
    23. Audio Irama Bunyi Panjang dan Pendek (Latihan) 
    24. Joget Malaysia (Warna Ton Suara Lelaki dan Perempuan) 
    25. Audio Warna Ton Suara Lelaki dan Perempuan (Latihan) 


    Happy 2nd Anniversary !



    Selamat ulang tahun perkahwinan yang kedua buat suami, adik lelaki dan adik iparku..hehe.. Adik nikah awal 6 hari dari saya.. tapi majlis persandingan diadakan serentak pada 4 Julai 2010.. Sangat best jadi raja dan ratu sehari..rasa nak bersanding lagi sekali je..huhu.. Majlis kenduri perkahwinan ni adalah majlis yg pertama oleh ibu bapa saya..jadi masih byk kekurangan dan kesilapan yg tak dijangka.. Sepatutnya adik lelaki sy yg nak kahwin dulu, tp mak n ayah suruh sy join sekali.. 

    Adik lelaki dan saya..
    (adik lahir semasa saya berumur 9 bulan 22 hari ~ kira sebaya tapi dia lahir tahun lain)

      






    Terima kasih guru-guru pelatih IPGM Ilmu Khas yang sudi menyanyikan lagu yg dicipta khas oleh ayah saya sempena majlis perkahwinan kami..

    Saya dan suami memakai persalinan berwarna ala2 kuning diraja.. Manakala adik saya bersama isterinya memakai persalinan berwarna ala2 peach kecoklatan.. taktau nak bagi nama warna yg tepat..hehe..

    Majlis kami agak meriah dengan persembahan2 yg telah diatur oleh ayah saya bersama-sama pelajar-pelajarnya.. Banyak betul persediaan termasuklah paluan kompang dan alat2 muzik, silat, nyanyian koir, persembahan angklung, tarian zapin, persembahan alatan tiupan, ensembel "sedangkan lidah lagi tergigit", ensembel "saat yang bahagia", ensembel "ai ai twist", dan lain2.. Terima kasih ayah, mak, sanak saudara, kawan2, jiran2, mak andam, jurukamera, dj, dewan pusat belia antarabansa dan semua yg byk membantu memeriahkan majlis kami!

    ps: Kejap je dah 2 tahun...


    Kurikulum Standard Sekolah Rendah ~ KSSR Tahun 3 & Tahap 1


    Berikut adalah bahan-bahan untuk KSSR Tahun 3 dan Tahap 1 dari website Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) KSSR, Kementerian Pelajaran Malaysia.




    MODUL TERAS ASAS

    1. BAHASA MALAYSIA
  • Dokumen Standard  Bahasa Malaysia SK Tahap 1 (Tahun 1, 2 dan 3) 
  • Dokumen Standard  Bahasa Malaysia SJK Tahap 1 (Tahun 1, 2 dan 3) 
  • Panduan Guru  Bahasa Malaysia SK Tahun 3 
  • Panduan Guru  Bahasa Malaysia SK Tahun 2 
  • Panduan Guru  Bahasa Malaysia SJK Tahun 3 

  • 2. BAHASA INGGERIS
  • Dokumen Standard  Bahasa Inggeris SK Tahun 3 
  • Dokumen Standard  Bahasa Inggeris SJK Tahap 1 (Tahun 1, 2 dan 3) 
  • Panduan Guru Bahasa Inggeris SK & SJK Tahun 3) 

  • 3. BAHASA CINA
  • Dokumen Standard  Bahasa Cina SJKC Tahap 1 (Tahun 1, 2 dan 3) 
  • Modul Pengajaran Bahasa Cina SJKC Tahun 3 

  • 4. BAHASA TAMIL
  • Dokumen Standard  Bahasa Tamil SJKT Tahap 1 (Tahun 1, 2 dan 3) 
  • Modul Pengajaran Bahasa Tamil SJKT Tahun 3 
  • Modul Pembelajaran Bahasa Tamil SJKT Tahun 3 

  • 5. MATEMATIK
  • Dokumen Standard Matematik SK Tahun 3 
  • Dokumen Standard Matematik SJKC Tahun 3 
  • Dokumen Standard Matematik SJKT Tahun 3 
  • Dokumen Standard Matematik SK Tahun 2 
  • Dokumen Standard Matematik SJKC Tahun 2 
  • Dokumen Standard Matematik SK Tahun 1 
  • Modul Abakus dan Aritmetik Mental Edisi Ketiga 
  • Modul Pengajaran dan Pembelajaran Matematik :

      • Modul P&P Nombor dan Operasi Tahun 3 SK  
      • Modul P&P Nombor dan Operasi Tahun 3 SJKC  
      • Modul P&P Nombor dan Operasi Tahun 3 SJKT  
      • Modul P&P Sukatan dan Geometri Tahun 3 SK  
      • Modul P&P Sukatan dan Geometri Tahun 3 SJKC  
      • Modul P&P Sukatan dan Geometri Tahun 3 SJKT  
      • Modul P&P Statistik dan Kebarangkalian Tahun 3 SK  
      • Modul P&P Statistik dan Kebarangkalian Tahun 3 SJKC  
      • Modul P&P Statistik dan Kebarangkalian Tahun 3 SJKT  
    6. PENDIDIKAN JASMANI
  • Dokumen Standard Pendidikan Jasmani Tahun 3
  • Dokumen Standard Pendidikan Jasmani Tahun 1
  • Panduan Pengajaran Pendidikan Jasmani Tahun 3

  • 7. PENDIDIKAN KESIHATAN
  • Dokumen Standard Pendidikan Kesihatan Tahun 3
  • Dokumen Standard Pendidikan Kesihatan Tahun 2
  • Dokumen Standard Pendidikan Kesihatan Tahun 1
  • Panduan Pengajaran Pendidikan Kesihatan Tahun 3

  • 8. PENDIDIKAN ISLAM
  • Dokumen Standard Pendidikan Islam Tahun 3
  • Dokumen Standard Pendidikan Islam Tahun 2
  • Modul Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam Tahun 3

  • 9. PENDIDIKAN MORAL
  • Dokumen Standard Pendidikan Moral SK Tahun 3
  • Dokumen Standard Pendidikan Moral SJKC Tahun 3
  • Dokumen Standard Pendidikan Moral SJKT Tahun 3
  • Dokumen Standard Pendidikan Moral SK Tahun 1
  • Dokumen Standard Pendidikan Moral SJKC Tahun 1
  • Dokumen Standard Pendidikan Moral SJKT Tahun 1

  • MODUL TERAS TEMA
    1. DUNIA SAINS DAN TEKNOLOGI
  • Dokumen Standard Dunia Sains dan Teknologi SK Tahun 3 
  • Dokumen Standard Dunia Sains dan Teknologi SJKC Tahun 3 
  • Dokumen Standard Dunia Sains dan Teknologi SJKT Tahun 3 
  • Dokumen Standard Dunia Sains dan Teknologi SK Tahun 2 
  • Dokumen Standard Dunia Sains dan Teknologi SJKC Tahun 2 
  • Dokumen Standard Dunia Sains dan Teknologi SJKT Tahun 2 
  • Dokumen Standard Dunia Sains dan Teknologi SK Tahun 1 
  • Modul Pengajaran dan Pembelajaran Sains :

      • Modul Kemahiran Proses Sains Tahun3  
      • Modul Pengajaran dan Pembelajaran Sains Tahun 3 SK  
      • Modul Pengajaran dan Pembelajaran Sains Tahun 3 SJKC  
      • Modul Pengajaran dan Pembelajaran Sains Tahun 3 SJKT  


  • Modul Pengajaran dan Pembelajaran Teknologi Maklumat dan Komunikasi :

      • Modul Pengajaran TMK Tahun 3 SK  
      • Modul Pengajaran TMK Tahun 3 SJKC  
      • Modul Pengajaran TMK Tahun 3 SJKT  
      • Modul Pembelajaran TMK Tahun 3 SK  
      • Modul Pembelajaran TMK Tahun 3 SJKC  
      • Modul Pembelajaran TMK Tahun 3 SJKT  
    2. DUNIA SENI VISUAL
  • Dokumen Standard Dunia Seni Visual Tahun 3
  • Dokumen Standard Dunia Seni Visual Tahun 2
  • Panduan Pengajaran Dunia Seni Visual Tahun

  • 3. DUNIA MUZIK
  • Dokumen Standard Dunia Muzik Tahun 3
  • Panduan Pengajaran Dunia Muzik Tahun 3

  • MODUL TERAS ELEKTIF
    1. BAHASA ARAB
  • Dokumen Standard Bahasa Arab Tahun 3 
  • Dokumen Standard Bahasa Arab Tahun 1 

  • 2. BAHASA CINA SK
  • Dokumen Standard Bahasa Cina SK Tahap 1 
  • Modul Pengajaran Bahasa Cina SK Tahun 3 

  • 3. BAHASA TAMIL SK
  • Dokumen Standard Bahasa Tamil SK Tahap 1 
  • Modul Pengajaran Bahasa Tamil SK Tahun 3 
  • Modul Pembelajaran Bahasa Tamil SK Tahun 3 

  • 4. BAHASA IBAN
  • Dokumen Standard Bahasa Iban Tahap 1 

  • 5. BAHASA KADAZANDUSUN
  • Dokumen Standard Bahasa Kadazandusun Tahap 1 



  • >> KSSR Tahun 1 <<
    >> KSSR Tahun 2 <<

    Sumber: http://kssr.bpk.my/




    Finalis Protex Handwash Starz Search 2012



    30 Jun 2012 merupakan tarikh tutup untuk menonton video peserta-peserta pertandingan Protex Handwash Starz Search 2012. Seperti yang dijanjikan, 10 rakaman video yang mendapat total views paling tinggi akan dipilih dan dihakimi oleh juri untuk mara ke peringkat akhir. Berikut adalah 10 video yang paling popular sepanjang tempoh 1 hingga 30 jun 2012.. tahniah.. tapi, hanya 5 daripada 10 kumpulan ini yang akan menjadi finalis.. Jeng jeng jeng.. siapakah yang layak tu..? Sila skrol ke bawah...


    10 video paling popular (1/6/2012 - 30/6/2012) :
    mengikut turutan paling banyak ditonton
    1. SK Sri Petaling [Show 1]
    2. SK Assunta 1 
    3. SK Putrajaya Presint 9 (2) 
    4. SK Infant Jesus Convent
    5. SK Kempas
    6. SK Kompleks UDA
    7. SK Bukit Bandaraya [Show 1]
    8. SK Seksyen 24 Shah Alam [Show 1]
    9. SK Bukit Bandaraya [Show 2]
    10. SK Sri Petaling [Show 2]

    Saya cuba juga meng"google" kumpulan yang akan bertanding di The Curve pada 14 Julai 2012 nanti..tapi takde pun sebarang entri tentang 5 finalis tersebut.. Namun, smlm cikgu sek sy yg bertanggungjawab mengajar dan melatih murid2 utk protex hand wash ni telah memaklumkan kpd sy 5 finalis tersebut..penganjur sudah pun menghubungi beliau utk persediaan ke peringkat akhir..wow!! 5 kumpulan yang telah terpilih untuk ke peringkat akhir ialah (tidak mengikut turutan):
    • SK Assunta 1 
    • SK Putrajaya Presint 9 (2) 
    • SK Infant Jesus Convent
    • SK Sri Petaling [Show 1] - yg ni murid2 tahun 2 dan 3 terlibat..kecuali yg lelaki tu tahun 4
    • SK Sri Petaling [Show 2] - yg ni murid2 pra sekolah

    Alhamdulillah... kita jumpa di sana!!  Terima kasih banyak2 kepada pengunjung blog ini yg telah sudi menonton video kami.. Minta maaf juga kot2 ada yg terpaksa menadah telinga dan mata utk menonton secara paksa (video automatik play bila buka blog ni sehingga 30jun ari tu)..



    Pertandingan Koir Patriotik 2012

    Alhamdulillah, setelah berpenat lelah dengan urusan pasukan koir sekolah untuk tahun kedua, sekolah saya mendapat naib johan dalam Pertandingan Koir Patriotik 2012 antara sekolah-sekolah rendah, anjuran Subang Parade pada 30 Jun 2012 (tempat ketiga pada tahun 2011)...Kejayaan ni takkan diperolehi tanpa kerjasama berpasukan antara cikgu2, murid2 dan juga ibu bapa.. Kalau kita amalkan kerja berpasukan ni, kerja yang berat akan menjadi ringan..betul tak? Urusan koir ni bukannya sikit..dan mmg tak boleh nak handle sorang2..huhu..

    Tahun lepas saya anggap mcm hadiah sempena hari jadi saya (17 julai) sbb pertandingan tu sehari sblm hari jadi sy.. tapi tahun ni, mcm lambat lagi je nak sambut hari jadi (lagi 17 hari).. so, anggap mcm hadiah untuk ulang tahun perkahwinan yang kedua @ 3 julai (boleh ke? hahaha.. en suami, saya nak hadiah!).. 

    Sebenarnya banyak benda nak cerita pasal koir n ulang tahun perkahwinan.. insya Allah bila saya ada kesempatan, nanti saya update semula entri ni.. walaupun dah abis koir, tapi kesibukan tu belum reda lagi..byk urusan pasca koir ni, sijil murid, pemulangan n penyimpanan pakaian, aksesori, penyampaian hadiah masa perhimpunan dan lain2.. 


    Dari kiri : konduktor SK Taman Megah, SK Subang Jaya, SK Sri Petaling



    Sementara menunggu entri ini dikemaskini, bolehlah melihat sebahagian koleksi gambar sepanjang hari pertandingan.. Kami smpai di subang parade seawal 9.25 pagi..hehe.. lps tu g sarapan kejap n warm up vokal skit..sambung makeup n touch up utk murid2 ppuan yg dah ilang lipsticknya lps makan.. tempat duduk kami best, sbb belakang juri @ dpn sekali..hehe.. sesi koir 1 abis sblm kul 12 tengah hari.. lps tu murid2 diberi mkn n boleh berjimba2 dlm subang parade sementara menunggu sesi kedua pd kul 1.30.. 
    Gambar-gambar adalah kepunyaan salah seorang murid koir, iaitu anak kepada Naib YDP PIBG SKSP: En. Adi Azhar

    Sekolah2 lain kebanyakannya guna cikgu / instructor sebagai pemain piano..tapi pemain piano sekolah kami paling comel dan kecik..hakim pun kagum.. kalau sekolah lain, dia hanya rakam video nyanyian murid2 atas pentas.. tapi sekolah kami, dia siap rakam konduktor n pemain piano..hehe..

    Tuan punya gambar (anak Naib YDP PIBG SKSP) 

    ps: boleh pulak pengacara yg mengumumkan pemenang2 tu bagi pembayang utk sek yg menang tempat kedua adalah berdekatan dgn kawasan sukan, iaitu bukit jalil.. dah tentulah sk subang jaya bkn kat situ.. ramai org konfius dgn SK Sri Petaling yg sebenarnya terletak di seksyen 12, pj..berdekatan dgn UM.. masa awal pembukaanmya 43 tahun dulu (tahun 1969), dikenali sebagai Sekolah Rendah Universiti..



    Hadiah birthday paling best tahun 2011... 




    Recent Posts

    Twitter